Ahad, 17 Mei 2015

20 SEBAB KENAPA KITA PERLU BERSEDEKAH

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan selamat datang ke Narshifa Gold E-Store, kedai emas online pilihan semua.

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)



Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa". Kenapa bersedekah yang disebut?



Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.



Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia supaya dapat bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah berjanji memberi ganjaran yang hebat kepada orang yang bersedekah.



"Kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima."- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tentang fadhilat bersedekah?

Ada banyak fadhilat-fadhilat bersedekah, antaranya seperti berikut :

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2) sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan



3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.



7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan



10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar



13) orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati



15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan



18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah boleh menjadi asbab penghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.



Dan sebaik-baik sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah. Kerana setiap orang yang "copy paste" mesej ini, pahalanya adalah untukmu juga, in sha Allah..



1 gram 1 bulan 1 keluarga
 ==Jutawan Powergold==
*** NarshifaGoldEmpire***
http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^