Sabtu, 23 Mei 2015

3 LANGKAH MENCAPAI MATLAMAT SIMPANAN EMAS

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan selamat datang ke Narshifa Gold E-Store, kedai emas online pilihan semua.

《 MULA KECIL, AKHIRNYA BESAR 》

Nak BERJAYA  perlu ada MATLAMAT. Ini adalah asas untuk berjaya, tak kira sama ada matlamat itu adalah kecil atau besar.



Terlebih dahulu mulakan perkara-perkara yang kecil untuk mencipta perkara yang lebih besar.

Dalam MENABUNG EMAS, tetapkan matlamat kecil dahulu, jika matlamat kecil itu berjaya dicapai, seterusnya matlamat besar akan terasa lebih mudah dicapai

Untuk permulaan, tetapkan matlamat tabungan emas kecil kita. Sebagai contoh, tahun ini mesti ada 50g. Ini akan terjadi bila kita tetapkan 4g sebulan (sekeping 1 dinar/ 4 keping suku dinar sebulan)

Bagaimana caranya?

3 langkah untuk mencapai sasaran Tabungan 1 dinar/ 4 suku dinar/ 4 gram Sebulan:.-



1. Kita boleh potong perbelanjaan kecil seperti bayaran Astro, makan Pizza Hut/KFC/mkn di luar sebulan 4x, hadkan bil telefon, ambil kemudahan internet yg terendah (tak perlu laju sangat bukan kita selalu di rumah), kurangkan aktiviti luar, 'dating' di pasar malam/Downtown, bawak bekal pergi kerja...dan lain-lain

2. Beritahu pasangan kita atau sahabat bahawa kita yg kita ni ada wawasan & matlamat nak simpan 1 dinar/4 suku dinar/4 gram sebulan. Tujuannya supaya pasangan/sahabat kita selalu ingatkan kita.

3. Setiap kali gaji, keluarkan dalam RM600 untuk beli 1 dinar/ 4 suku dinar/ 4 gram emas secara konsisten. Bakinya barulah digunakan untuk bayar semua bil & pinjaman.

Impian kita pasti tercapai. InsyaAllah.

1 gram 1 bulan 1 keluarga
==Jutawan Powergold==
*** NarshifaGoldEmpire***
http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^