Khamis, 14 Mei 2015

6 KAEDAH MENGUJI KETULENAN EMAS

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan selamat datang ke Narshifa Gold E-Store, kedai emas online pilihan semua.

Alhamdulillah..dengan rahmat dan petunjuknya kedai emas online meneruskan operasinya seperti biasa pada hari ini ^_^

Setiap hari kami berusaha menimba ilmu emas untuk dijadikan panduan dalam bisnes kami, juga dengan niat untuk berkongsi sebanyak apa yang kami tahu dengan pembaca blog kami serta pelanggan-pelanggan emas kesayangan kami.


Dari buku Pelaburan emas,bab 7:kaedah menentukan ketulenan emas (Saat Sukami)


1. Ujian gigitan
Apabila digigit,emas tulen akan lekuk sebab ia bersifat lengai (lembut,mudah dilentur)..manakala logam lain yang berwarna kuning tidak mempunyai sifat ini. Logam lain lebih keras.

2. Ujian pembakaran
Emas tulen apabila dibakar, ia akan bersinar sebab ia bersifat lengai dan tidak terdioksida oleh api. Manakala logam lain akan terbakar tinggalkan enapan berupa kesan trbakar atau hangus.

3. Kaedah timbangan
Kaedah ini menggunapakai penemuan sains beribu-ribu tahun dahulu iaitu Hukum Archimedes; nisbah berat objek dalam air kepada berat dalam udara adalah tetap pada ketumpatan tertentu. Ketumpatan emas tulen: 19.32 g/ml

4. Kaedah kimia
Titikkan sedikit asid kepada emas. Perubahan warna menentukan paras ketumpatan dan nilai karat. Jika emas tulen, tiada perubahan warna

5. Kaedah instrumentasi
Kaedah ini menggunakan X-ray flourescence (XRF) untuk menentukan paras kualiti emas

6. Penguji emas elektronik
Alat penguji ini berbentuk mesin seakan-akan multimeter dan akan memberi julat nilai karat emas (untuk tujuan saringan sahaja). Sesuai untuk emas saiz kecil seperti rantai dan bar emas kecil

Semoga bermanfaat ^_^



1 gram 1 bulan 1 keluarga
==Jutawan Powergold==
*** NarshifaGoldEmpire***
http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^