Isnin, 4 Mei 2015

KENAPA SEMUA ORANG MAMPU BELI EMAS?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan selamat datang ke Narshifa Gold E-Store, kedai emas online pilihan semua.

Saya nak kongsikan sesuatu dengan semua.

Saya nak ceritakan tentang cara saya berfikir tentang emas pada masa dahulu. Saya juga macam kebanyakan orang lain. Mentaliti saya sebelum ni adalah HANYA ORANG-ORANG KAYA JE MAMPU BELI EMAS. Orang-orang kaya ni maksudnya yang gaji beribu-ribu sebulan dan pakai kereta besar, duduk rumah besar dan cantik, berpakaian cantik-cantik glamor-glamor, yang bila duit gaji dia masuk ke akaun pun duit gaji tu boleh lekat dalam akaun dengan baki 4 angka setiap bulan..


Kalau macam saya ni, yang selalu semput-semput walaupun baru 2~3 hari je lepas gaji masuk, mimpi je lahhh nak beli-beli emas ni..barang kemas kat badan cuma seutas rantai leher pemberian suami semasa hari pernikahan kami. Tu pun tanpa loket..dah bertahun-tahun saya fikir nak beli loket tapi bila ke kedai emas dan tengok tanya harganya, terus telan air liur dan berpatah balik ke rumah..saya fikir, kalau beli cash mana laa saya mampu nak beli emas ni…sedihnya…Nak minta dengan suami, saya tak sampai hati..dia bagi saya dan anak-anak tempat berteduh yang selesa dan makan pakai yang cukup pun saya dah cukup bersyukur. Kalau suami saya gaji RM10 ribu takpe lah..


Itu cara saya berfikir dulu-dulu. Masa zaman saya takde ilmu emas. Takde orang ajar saya pasal emas dan saya sendiri pun takde usaha nak belajar. Hati cakap NAKKK tapi tindakan tak ada. Kirim salam je lah kat diri saya masa tu.

Padahal saya selalu tertanya-tanya..kalau emas ni hanya untuk orang kaya macam yang saya bayangkan tu, kenapa kedai emas selalu didatangi pelanggan yang membeli..? Saya tengok mereka pun lebih kurang saya je…bukannya naik kereta Mercedes atau BMW datang ke kedai emas. Berpakaian biasa-biasa macam saya bukan glamor-glamor macam mak datin. Ada yang singgah ke kedai dengan tangan penuh beg plastik berisi barang dapur macam sayur, ayam, telur…saya tengok mereka macam orang biasa-biasa je bukan macam yang saya bayangkan. Tapi mereka mampu beli. Kenapa saya tak mampu?? Sedangkan saya bekerja dan ada gaji juga. Kadang-kadang dapat bonus tahunan banyak juga, setakat rantai tangan seurat tu pasti dah lama saya mampu beli. Tapi saya tak beli pun?

Sekarang saya tahu KENAPA saya begitu.

Anda juga macam saya yang dulu? Nantikan saya sambungan cerita saya dalam entri akan datang, inshaa Allah.
 

1 gram 1 bulan 1 keluarga
==Jutawan Powergold==
*** NarshifaGoldEmpire***
018-9544008
http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^