Khamis, 21 Mei 2015

MEMAHAMI SIMPANAN EMAS

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan selamat datang ke Narshifa Gold E-Store, kedai emas online pilihan semua.

Baru-baru ini, saya mendengar banyak rungutan berkenaan betapa alergiknya umat Islam terhadap emas. Barangkali, ramai yang dah tertipu dengan skim-skim emas seperti pelaburan dan sebagainya.

Namun demikian Powergold.biz tidak harus disamakan dengan mana-mana skim pelaburan emas.


Pertama sekali, Powergold.biz mengajak masyarakat menjadi celik emas dan membuat simpanan emas fizikal untuk masa depan kita semua.

Simpanlah emas fizikal kerana emas adalah penyimpan nilai dan kalis inflasi. Buat simpanan emas, bukan pelaburan emas atas kertas sahaja atau atas angin sahaja. Ramai masyarakat sudah alergic dengan emas kerana tertipu dengan skim pelaburan emas dek kerana kelabu mata mahu mendapatkan untung lumayan dengan cara yang senang sekelip mata.

Hakikatnya, dalam Islam tidak pernah diajar untuk mengaut keuntungan tanpa usaha yang setimpal.

Berbalik kepada simpanan emas..

Harus difahami yang simpanan emas hanya sesuai untuk simpanan jangka masa sederhana hingga panjang. Jangan sesekali menyimpan emas untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa pendek. Anda akan rugi kerana lebihan keuntungan yang anda perolehi dari kenaikan harga emas yang sedikit dalam tempoh yang pendek akan ditelan upah simpan ar-Rahnu atau disebabkan kadar peratus pembiayaan ar-Rahnu kurang dari 80% dari harga emas belian semasa ar-Rahnu tersebut.



Apabila kita mengajak umat Islam menyimpan emas, antara isu yang dilontarkan kepada kami adalah "SAYA TAK MINAT SIMPAN EMAS SEBAB NANTI KENA BAYAR ZAKAT EMAS..."

Saya sangat sedih dan terkilan...wahai saudara-saudaraku sekalian,

Umat Islam tidak seharusnya takut kaya dengan nilai simpanan emas mereka kerana takut layak bayar zakat. Jika umat Islam sendiri takut membayar zakat, bagaimana umat Islam nak menjadi pembela umat sendiri? Ini adalah kesilapan yang sangat besar dalam mentaliti umat Islam. Saya juga begitu suatu ketika dulu...semasa saya masih berMINDA MISKIN. Nak jadi kaya tapi "takut" zakat! Harus diingatkan, emas perhiasan yang dipakai juga WAJIB ZAKAT, jika kadar beratnya lebih dari uruf masyarakat setempat, dan kadar uruf tersebut berbeza setiap negeri.

Kemudian kami juga selalu ditanya mengenai EMAS YANG BAGAIMANAKAH PALING UNTUNG UNTUK DIBELI DAN DISIMPAN? Emas perhiasan? Dinar? Jongkong? Yang mana paling laku??

Hakikat sebenarnya, selagi ianya emas ianya BERNILAI dan PALING LAKU dibandingkan dengan barang-barang kepunyaan kita yang lain. Pelbagaikan bentuk simpanan emas, kerana dinar, jongkong dan emas perhiasan mempunyai peranan tersendiri. Jangan takut nak beli dan simpan emas sekiranya anda mampu dan ditawarkan emas tersebut pada harga yang sangat mampu milik. Emas merupakan logam yang disebut di dalam al-quran.MAKA, jika disebut di dalam Al-Quran,PASTI beri manfaat pada umat. Umat ISLAM wajib yakin.

DINAR pula adalah matawang di zaman Rasulullah dan masih lagi menyimpan nilai 1 DINAR= SEEKOR KAMBING sehingga hari ini.

Seterusnya...tidak kurang pula yang mempertikaikan marketing plan syarikat yang menggunapakai sistem MLM.

Berkenaan MLM emas ni...nilailah sistem MLM tersebut dengan ilmu dari segi syariatnya. Jangan tolak tanpa pertimbangan ilmu. Nilai dahulu,adakah bonusnya patuh syariah? Apakah bentuk biz plan syarikat? Elakkan membuat andaian sendiri kerana ia boleh menjadi satu fitnah yang mana fitnah adalah satu bentuk keburukan yang dilarang dalam Islam.

Kami di Powergold.biz adalah Syarikat Emas yang menjalankan JUAL BELI EMAS secara telus BUKAN PELABURAN EMAS yang tak tentu. Ahli mendapat peluang membeli emas pada harga kilang, iaitu pada harga yang sama atau tidak jauh berbeza dari harga yang dibeli oleh ar-Rahnu.

Kita jual beli emas online untuk 3 tujuan :

1.BELI & SIMPAN emas seberat 1g 1bln 1keluarga
2.Beri peluang masyarakat menjadi pedagang emas(gold trader) secara dropship
3. Mendapat bonus dengan menjalankan networking.

Kelebihan syarikat ini ialah telah mendapat liputan di akhbar dan radio-radio di Malaysia dan Brunei. Kini mempunyai 50k ahli di seluruh Malaysia dan Brunei.

WALLAHU'ALAM

1 gram 1 bulan 1 keluarga
==Jutawan Powergold==
*** NarshifaGoldEmpire***
http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold

* artikel di atas telah diubah suai dari segi bahasa dan ditambah baik oleh penulis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^