Selasa, 12 Mei 2015

PANDUAN MENGENAI KOS "UPAH"

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan selamat datang ke Narshifa Gold E-Store, kedai emas online pilihan semua.

Apa itu KOS UPAH ?

" Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker?

Persoalan ini acap kali kami terima daripada pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kami akan jawab seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.


Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya saya akan kongsikan di bawah.

KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG 


Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli.Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50 - RM300. Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.

Mari kita buat sedikit kiraan:

Katakanlah cincin design Gucci Maze saiz 12 yang cantik ini seberat 2g tepat.
Andai kata anda ingin membeli cincin 916 2.00 gram di atas. Soalan biasa yang anda akan tanya adalah "Berapa harga emas segram?"
Katakan harga emas pada masa anda berkenankan cincin ni adalah RM170/gram. Harga yang anda sangka anda akan bayar pastinya adalah :

RM 170 x 2 gram = RM 340 --->> Tapi tunggu !!


Jumlah tersebut belum ditambah kos upah. Untuk cincin secantik ini, kadar upah mungkin menjangkau RM70. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah:

RM340 + RM70 = RM410


Harga masih mampu milik, tapi cuba kita kira, berapa harga segram untuk cincin itu setelah ditambah kos upah:

RM410 / 2 gram = RM 205 per gram!!


Maka, pastikan anda bertanyakan kos upah terlebih dahulu sebelum membayar emas yang anda beli. Lebih kecil kos upah, lebih cepat anda akan beroleh keuntungan dari nilai emas yang anda beli.

*********************************************************************************
Inginkan emas DENGAN KOS UPAH YANG RENDAH?? 
*********************************************************************************

Nah..kami ada. Lawati kedai emas online kami di www.jutawanpowergold.biz/narshifagold
atau anda boleh layari website kami ini Narshifa Gold E-Store dengan meninjau mana-mana page yang tertera di bawah header blog untuk memilih barang kemas kegemaran anda. Selamat membeli-belah emas tulen dan mampu milik di Narshifa Gold E-Store!


1 gram 1 bulan 1 keluarga
==Jutawan Powergold==
*** NarshifaGoldEmpire***
http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^