Selasa, 2 Jun 2015

4 KETAKUTAN TERHADAP EMAS

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan selamat datang ke Narshifa Gold E-Store, kedai emas online pilihan semua.

Anda yang masuk kedai saya ni takut tak???

Kalau tak takut, alhamdulillah... ^_^

Sebabnya, sebenarnya RAMAI YANG TAKUT....

Takut apa??

Takut nak beli dan simpan emas...

uwaaa takutttttt!!!



Alahaiii...dengan emas jangan takut lah yer. Tak penah lagi berita orang kena gigit dengan emas masuk berita, hihi.

Tapi realitinya memang ramai yang takut dengan emas.

Berikut adalah perkara-perkara yang membuatkan kita takub nak simpan emas.

1. TAKUT MATI
Mati itu pasti, tak payahlah kita takut. Kita kene takut kalau kita tak mati-mati. Macam mane kehidupan kita, di mana kita nak tinggal, nak makan apa, bil-bil yang nak kene bayar tu nak bayar ngan apa... Janganlah kita fikir duduk menumpang dengan anak-anak pun boleh, atau takpe meminjam dari adik beradik, ataupun gi meminta pada kerajaan, atau memohon zakat. Janganlah fikir meminta-minta itu perkara yang mudah. Tak cukup dengan air muka, maruah kita pun tergadai. Sementara masih kuat, berusahalah untuk satu hari yang kita tak mampu apa-apa.



2.TAKUT EMAS DICURI
Pencuri itu ibarat lalat. Mereka tidak datang jika tidak dipanggil. Jika ada sampah busuk, bangkai, kita memasak di dapur bahan-bahan yang berbau seperti belacan, ikan kering, ikan basah, ayam, dan lain-lain.. maka datanglah lalat. Begitu juga kalau kita menyimpan barang curi, barang yang tidak dibayar zakat, datanglah pencuri untuk mengambil hak mereka.



3. TAKUT BAYAR ZAKAT
Kita takut sebab kita tak biasa. Pergi je lah pejabat zakat, bukan ada hantu pun, yang jaga kaunter tu pun bukan zombie. Kita takut juga kerana kita tidak ada ilmu, tapi bila kita memiliki emas kita akan memiliki ilmu samada dengan membaca atau bertanya. Kalau kita dah biasa dan kita dah tahu cara-caranya tapi kita tak bayar juga, sikap kita lah yang bermasalah, bukan masalah zakat.



4. TAKUT EMAS TAK LAKU
Ye, kalau emas tak laku perit juga kumpul dah banyak. Logik la mana ada emas tak laku. Kalau kumpul emas palsu memanglah tak laku. So, kalau nak beli, belilah yang original. Beli di kedai-kedai atau ejen yang sah memang menjual emas. Jangan beli dengan orang-orang yang tidak dikenali atau siasat dahulu sebelum membeli. Beli dengan harga yang sebenar. Jangan asal harga murah je beli. Sangat bahaya. Entah emas palsu entah emas curi.



So, tak payahlah kita takut. Tak payahlah kita takut-takutkan diri kita dengan sesuatu yang tidak ada. Bebaskan diri kita mencipta sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan yang biasa-biasa saja kita lalui setiap hari.

Istiqomah dan sentiasa berserah pada Allah...inshaa Allah mudah...☺

1 gram 1 bulan 1 keluarga
==Jutawan Powergold==
*** NarshifaGoldEmpire***
http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold

2 ulasan:

  1. Heheh. Sbb skg byk sgt emas palsu.. even kedai emas pun ada yg menipu.. realiti skg mmg kena brhti2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye, betul tu. Takut emas palsu. Tapi macam mana kita nak tahu emas tu palsu atau tidak? =) setakat takut je nanti sampai bila2 tak berani beli emas, rugi kat situ je tak gerak2. Jadinya kenalah kita ada ilmu..nak timba ilmu kena ambil tahu, so harapnya rajin2 lah jenguk blog saya ni hehe

      Padam

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^