Isnin, 1 Jun 2015

EMAS BUAT KITA JADI TUA?

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan selamat datang ke Narshifa Gold E-Store, kedai emas online pilihan semua.

Saya assume anda yang sedang membaca entri ni memang minat emas sebab anda dah sudi jejak ke kedai emas online saya ni.

Tapi ada juga orang yang meletakkan usia sebagai alasan untuk menjauhi emas dengan pemikiran begini :

"Aku tak minat la emas sebab emas untuk orang tua.. Rasa macam dah tua pulak beli-beli emas ni.. Macam mami jarum pun ada..hahaha  "

Saya sebagai sebahagian daripada pencinta emas yang masih perasan dirinya muda berasa Oh sakitnya tuhhhh di sini.



Makcik peniaga ni Pasar Siti Khadijah memang terkenal dengan aksesori emas penuh di badan mereka. Kenapa ye, pada pendapat anda?

Namun salah seorang penyimpan emas tegar dalam group simpanan emas kami tetap maintain cool dan kongsikan pendapatnya dengan kami macam ni :

"Well, saya pun tak minat pakai barang kemas sangat. Saya beli GOLD BAR untuk long term savings. Gold bar berketulenan 999.9, bukan 916 mcm barang kemas.

Saya nak bekukan simpanan saya dengan aset yang kalis inflasi. Sayang jugak kalau simpan dekat bank hari ni RM50K and plus dividen pun, lagi 5 tahun nanti tak boleh beli barang yg nilainya hari ni RM50K. Kan ada inflasi.

Emas ni sejenis aset. Macam rumah dan tanah yang kalis inflasi. Saya beli emas sebab emas ni kita boleh beli sikit-sikit. Saya tak banyak duit nak beli rumah dengan tanah terus. Siapa banyak duit takpa lah, Alhamdulillah.

"BullionStar Singapore believes that the ultimate wealth preservation is physical gold stored in your name and outside the banking system." - bullionstar.com

Siapa  tak banyak duit macam saya jom la beli emas fizikal sekarang untuk melindungi simpanan anda."

Saya dapat bayangkan dia pasti tersenyum puas semasa berkongsi pengalamannya ini di group simpanan emas kami sambil terkenangkan berkeping-keping gold bar yang telah berjaya disimpannya selama ini.

Jelaslah usia bukan isu untuk memiliki emas ye. Asalkan anda bersungguh memperuntukkan sejumlah wang yang ada untuk ditukar kepada emas, emas fizikal dari serendah 0.5g boleh menjadi milik anda. Emas bukan melambangkan usia pemiliknya tapi kemewahan...sebanyak mana aset yang dipunyai oleh pemiliknya.

Lagipun dalam bidang kosmetik, emas digunakan untuk menyerlahkan keserian wajah untuk tampil awet muda. Ada produk kosmetik macam Safi Rania Gold, golden face mask dan lain-lain lagi. Ada emas 24K dalam produknya tu khabarnya. Berebut-rebut wanita anggun duk pi beli. Haaa kalau emas buat kita jadi tua tak kan laaa syarikat kosmetik nak guna dalam produk mereka pula kan kan kannn.

Terpulanglah ye...saya tak rugi pun kalau anda masih nak tunggu-tunggu dulu akibat takut jadi macam orang tua bila simpan emas sebab semasa anda duk "nanti lah dulu" tu saya dah ada 1g..kemudian kalau anda terbuka hati nak mula simpan 0.5g bulan depan inshaa Allah masa tu saya dah ada 2g ^_^

Tabungan kite masa depan kite, ohoiiii.

1 gram 1 bulan 1 keluarga
==Jutawan Powergold==
*** NarshifaGoldEmpire***
hubungi saya di : http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^