Ahad, 20 September 2015

KELEBIHAN EMAS

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Macam biasa, nak cerita pasal emas. Cerita emas je yang paling best dan trending dalam dunia saya sekarang, haha. Betul laa emas ni ada aura memukau. Sekali terpikat memang terus terpesona dengan kilauannya ^_^




👑 KELEBIHAN EMAS 👑

🍃 Emas ni senang kita nak bawak lari.... contoh 250g goldbar...kita masuk dalam poket je.. cute je goldbar tu.
Tak caya, tgk gambar. Tak caya jugak, meh jumpa kita kasi usap2 itu emas, hehe.
Nilai 250g goldbar dlm 37k sekarang. Cuba imagine, boleh ke masuk poket kalau duit kertas 37k? 😁

🍃 Siapakah guru kita kalau nak belajar emas ni?

Jawapan: Pengalaman. Sentiasa guru yang terbaik. Tidak guna ada teori kalau tidak dipraktis. Jadi, buatlah. Silap takpe. Yang penting, pengalaman mendewasakan. Eceh. 😁


🍃 Emas ni lambang kekayaan dan kuasa. Dari zaman dulu dulu lagi org dah tau nilai emas ni. Agak2 "harta" yg disebutkan dlm perumpamaan "harta Qarun" tu merujuk kepada apa? Hehehe...jawapannya terang lg bersuluh, kan. Qarun tu sendiri jadi lejen sbg manusia terkaya pd zamannya sbb dipercayai emas dia ada bergedung2!
Bukan bergram2 je tau, hihi.  Sampai la ni org sanggup menyelam hingga ke lautan dalam utk cari harta karun dalam peti.

* Nabi Sulaiman a.s yg merupakan pemerintah yg plg berpengaruh beribu2 tahun dulu juga manusia terkaya dgn emas...lombong emas nabi Sulaiman jd lejen dan buruan treasure hunter smpi la ni *
* huiii bnyk lg laa lejen psl manusia berkuasa dan emas

🍃 Tahukah anda di Capetown... siapa paling banyak emas.. dia boleh jadi raja? 😁 Ramai org kulit quputeh di sana.



🍃 Simpan emas bagus utk elakkan kebocoran wang terutamanya bagi sesiapa yg boros. Cuba amalkan...dapat gaji...beli emas dulu. Pastu baru beli perbelanjaan lain.
Simpan emas ni sebenarnya mcm simpan duit je. Selamatkanlah duit kita dari kebocoran; opss terguna ke benda yg tiada nilai atau susut nilai.. 🙊

🍃 Jika ada duit banyak selepuk. Jangan terus beli emas selepuk.. beli emas gram sikit sikit. Bila beli sikit²... senang kita nak jual sikit². Kalau beli banyak².. susah pulak nak cari pembeli nanti.

🍃 Bisness emas ni bagus sebenarnya. Tapi sayangnya ada insan yang mengambil kesempatan ke atas orang lain melalui program² emas yg menganiaya atau menipu orang... sebab tu ada org yg fobia bila kita sebut emas... sebab mungkin dia pernah kena tipu...

🍃 Ada orang memang ada niat nak simpan emas.. tapi kadang kadang dia tak grab peluang yg ada tu di depan mata.. masih nak tunggu jugak...tunggu...tunggu..tungguuuuuuu..setia menjadi penunggu 👻

🍃 Ada 3 orang yg boleh untung dalam bidang emas :

- Pedagang (trader)
- Pelabur (investor)
- Penyimpan (saver)

🍃 Semua org secara semulajadi sememangnya seorang penyimpan...saver.. cuma sama ada nak simpan benda bernilai atau tidak... pilihan itu di tangan kita. Org yg celik je akan jadi penyimpan emas.

🍃 Pelabur ni...dia banyak fikir ROI. Return of investment. Yg dia fikir...saya labur banyak sekian sekian... berapa saya boleh dapat klu boleh dlm tempoh yg singkat? Ha yg ini banyak org kita suka. Harus hati² sebab takut kena tipu dgn program² pelaburan emas yg buat kita nangis tak berlagu kemudian hari...

🍃 Trader ni...berniaga...dia beli emas, pastu jual dan kemudian beli balik emas. Harga turun ke naik ke dia terus berdagang emas. Sebab percaya atau tidak, dia tetap akan ada customer dan emas dia akan terus laku dan laku. Lagipun dia tahu, kalau tak laku pun dia tak rugi. Enjoyyyy je buat trading, hihii.

Tips:
Kalau org yg ada hobi suka jumpa orang.. sesuai amatlah. Siapa berniaga ni.. sentiasa ada duit.. sumber rezeki 9/10..

🍃 Ciri² program emas tipu:
- Janjikan bulan dan bintang
- Janjikan pulangan bulan2
- memukau hati dgn ayat hikmat "tak perlu buat apa2 pun duit kompem masuk"
- ETA..lock dan byr dulu emas nantilah baru bagi lps sebulan ke...
- OPM; other people money..guna duit org lain utk running program
- Sewa emas
- 70:30

🍃 Macam mana nak tau harga emas mahal ke murah?

Jawapan: Buat dulu pembelian yg pertama. Percayalah...kebanyakannya takkan berhenti setakat tu saja apabila terpukau dgn aura semulajadi emas 😍

🍃 Macam mana nak tau org yg jual emas online tu trusted or not?

Jawapan: Buat dulu urusan kali pertama dgn dia. Atau check dulu latar belakang..ada dpt recommendation or comment dari org lain tak? Jgn percaya dgn gambar².. sebab sekarang ramai scammers yg letak gambar baik² atau guna gambar orang lain.

🍃  Nak simpan emas kat bank atau tempat simpanan?

Better dah 300g ke atas lah baru consider SDB(safe deposit box).. yg sikit² tu.. simpan sendiri lebih convenient.

🍃  Kelemahan Emas terletak pada manusia itu sendiri...iaitu..manusia selalu kata dan fikir emas mahal.... huhu😅. Atau manusia selalu lupa dia letak emas kat mana... 😁
Yang paling haru dan perlu disedarkan, manusia tu beragama Islam tapi lupaaa bayar zakat emas, dushh.

Banyak lagi nak sembang pasal emas ni. Meh join grup sembang emas saya, banyak info sharing kat situ. Memang mantappp. Inshaa Allah sampai celik emas.

-- SHARING IS NETWORKING --

1 gram 1 bulan 1 keluarga

==Narshifa Gold Legacy==
http://www.jutawanpowergold.biz/narshifagold
Mobile Stokis Berdaftar Powergold.biz di JB/P.Gudang
☆ misi meramaikan ibu berpendapatan 5 angka ke atas dgn emas di team WE.GOLD.BILLIONAIRE
☆ sertai grup kami sekarang PERCUMA tanpa perlu mendaftar sebagai ahli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^