CARA MEMBUAT PESANAN(ORDER)

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pelanggan serta klien kesayangan kami, baru atau berulang ^_^

Kami ucapkan ribuan terima kasih kerana memilih butik emas online kami dan juga atas kepercayaan anda terhadap kelebihan servis kami, kualiti produk yang kami tawarkan serta harga menawan hati yang kami sediakan.

Cara membuat pesanan ini adalah panduan kepada kita semua ketika berurusniaga di Narshifa Gold E-Store. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 011-10923966(Ryna) atau 011-31204002(Rieniey) melalui sms/whatsapp/telegram atau direct call. Inshaa Allah kami akan respon sesegera yang mungkin.



Panduan melakukan order di Narshifa Gold E-Store
  1. Urusniaga dilakukan dalam Ringgit Malaysia sahaja. Untuk pelanggan dari Brunei, Singapore, Indonesia, Thailand dan lain-lain negara, hubungi talian yang diberi untuk panduan khas.
  2. Urusniaga kami adalah tunai sahaja. Walaubagaimanapun kami ada menjalankan urusniaga secara ansuran atau kutu untuk barangan tertentu.
  3. Waktu urusniaga adalah dari 9 pagi sehingga 9 malam setiap hari kecuali hari cuti/tutup kedai yang kami umumkan dalam kedai online kami.
  4. Awak2 semua digalakkan join group chat kedai online kami untuk dapatkan info2 terkini termasuk promosi menggegar jiwa..!!(dan wallet en.suami pastinya hehehe)
  5. Macam mana nak join?? Senang sahaja...hubungi mana2 nombor telefon kami di atas.
  6.  Cara-cara melakukan pembelian barang kemas 916 :
  • Pilih item yang diingini dari page-page berkenaan.
  • Dapatkan kod item dari caption di bawah gambar item pilihan.
  • Hubungi talian 018-9544008(Ryna) atau 011-31204002(Rieniey) melalui sms/whatsapp/telegram atau direct call dan nyatakan kod item yang dipilih
  • Kami akan nyatakan sebut harga bagi item yang dipilih.
  • Sekiranya bersetuju dengan harga yang diberi, kami akan memaklumkan nombor akaun untuk transaksi pembayaran melalui mesej.
  • Maklumkan pembayaran kepada kami dengan menyertakan bukti pembayaran seperti salinan resit transaksi bank atau gambar resit yang jelas ke talian yang dihubungi untuk sebutharga.
  • Setelah pembayaran disahkan, penghantaran akan diuruskan dalam tempoh 3 hari bekerja. Tracking No. akan diberi setelah urusan mengepos selesai.
  • Apabila item yang dipesan sudah diterima, mohon hubungi kami sebagai pemberitahuan.
Terima kasih untuk kerjasama anda bagi melancarkan urusniaga kita ^_^
Semoga semua pihak berpuas hati dan gembira.
Sebarang cadangan untuk penambahbaikan juga dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda berminat dengan produk serta info yang dipaparkan di Narshifa Gold E-Store hari ini? Kami sedia menerima pertanyaan serta pendapat anda. Diharap dapat menggunakan bahasa yang sopan dan boleh difahami semua ye. Terima kasih ^_^